another.chapter.of.life

Posts Tagged ‘jokes

Seorang lelaki sedang berjalan dgn lembunya.

Lembu : Aku Makan Rumput. Tuan makan apa?
Lelaki : Aku makan nasi.Kita tk sama.

Lembu : Tuan tidur di mana?
Lelaki : Aku tidur di atas tilam,Kau tidur dalam kandang.Kita tak sama.

tiba-tiba kedengaran laungan azan.

Lembu : Itu suara apa?
Lelaki : Seruan azan mengajak sembahyang.

Lembu : Tuan tidak sembahyang?
Lelaki : tidak. !

Lembu : samalah kita !!
Lelaki : @#$%^&*

Tags: ,

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, dia pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: “Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!)..” Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: “Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..”

MORAL:
Biasakan mengucap dua kalimah syahadah, sekurang-kurangnya ketika solat.

Tags:

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

” Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? ” tanya seorang gadis kepada wanita itu.

“Sungguh kelakar,”jawab wanita itu singkat.

“Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? “tanya gadis itu lagi.

“Tidak..”, jawab wanita itu.

“Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa”, gadis itu masih tak berpuashati.

“Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? ” getusnya.

Tags:

From: afiq jalal

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin
lagi.

Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one,
“dua”is two,
“tiga”isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang
“singular” dan “plural”

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu “Singular”; dua atau lebih “Plural”

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh.. tambah huruf “s” untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka
abang MAMPUS, tambah “s” je, kan ?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan
hasratnya untuk berkahwin lagi…

Tags:

Indahnye~


Life is too short to wake up in the morning with regrets, So love the people who treat you right, Forget about the ones who don't, And believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it. If it changes your life, let it. Nobody said life would be easy, They just promised it would be worth living.

Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH, hati menjadi tenteram.

"Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu"

Bertambah luas akal, bertambah luas lah hidup, bertambah datang lah bahagia. Bertambah sempit akal, bertambah sempit lah hidup, bertambah datang lah celaka. -Hamka -

Yang paling bahagia adalah orang yang mempunyai hati yang alim, mempunyai kesabaran dalam diri dan mempunyai sifat yang merasa cukup dengan rezeki yang ada. -Hukamak-

INFO: Tip untuk ibu bapa


Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.

Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.

Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.

Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

Archives

Blog Stats

  • 78,263 hits