another.chapter.of.life

Posts Tagged ‘jln2

Sebelum menaiki kenderaan bacalah doa ini.Riwayat ada mengatakan jika dalam sebuah kapal ada cuma seorang sahaja yang membacakan doa ini, insyaAllah akan selamat sepanjang perjalanan.

سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ . وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang telah memudakan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.

(Az-Zukhruf: 13-14)

Advertisements
Tags: ,

Masjid Sheikh Zayed tercantik, terbesar di dunia

Oleh ZUARIDA MOHYIN
(Yang mengikuti Lawatan Media Kuala Lumpur – Abu Dhabi, Air Asia X)


MELINTASI dua jambatan utama Mussafah dan Maqta di ibu kota Emeriah Arab Bersatu (UAE), Abu Dhabi, susuk bangunan putih yang tersergam indah, pasti mencuri tumpuan setiap yang melintasi jalan sibuk tersebut.

Apa tidaknya, bangunan yang berdiri gah itu ialah Masjid Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan. Masjid indah yang mengambil sempena nama pengasas dan presiden pertama UAE, telah dibuka secara rasmi pada bulan Ramadan 2007. Ia juga dipanggil Masjid Agung oleh penduduk tempatan situ.

Menurut pemandu yang membawa kumpulan media massa dari Malaysia, Indonesia dan Filipina, Masjid Sheikh Zayed bukan sahaja tersenarai antara masjid tercantik di dunia tetapi kedudukannya adalah dalam tangga lima teratas sebagai masjid terbesar di dunia.

Ujarnya lagi, lawatan ke Abu Dhabi tidak akan bermakna dan tidak sempurna sekiranya tidak melawat ke masjid ini. Penulis mengakui ada logiknya juga saranan beliau itu, ini kerana dalam jadual lawatan, lokasi ini adalah senarai teratas tempat-tempat menarik di Abu Dhabi yang mesti dibuat liputan.

Apa pun gelaran dan pencapaiannya, waima landskapnya yang belum siap sepenuhnya, namun senario di bahagian dalam masjid, memang jauh berbeza. Aspek keunikan seni bina dan reka bentuk yang ditonjolkan, gerenti membuat setiap pengunjung hilang kata-kata.

Malah terik mentari di luar yang hampir mencecah 48 darjah Celsius, sedikitpun tidak menjejaskan tumpuan penulis berserta lima lagi wartawan yang hanya terkedu kaku, sambil mata meliar dan tidak mahu ketinggalan merakamkan sudut-sudut menarik di dalam masjid.

Kunjungan rombongan media massa dari Asia Tenggara ini adalah atas undangan syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh Malaysia, AirAsia X, sempena pengumuman destinasi baru mereka iaitu ke Abu Dhabi, sebagai laluan pertama Air Asia ke Timur Tengah bermula November ini.

Ketibaan rombongan kami disambut wanita manis berjubah hitam dari Lembaga Pelancongan Abu Dhabi (ADTA) yang hanya ingin dikenali sebagai Fatimah. Menurut beliau, reka bentuk Masjid Sheikh Zayed adalah ilham seni bina masjid Mughal dan Moor (Moorish). Ia juga jelas dipengaruhi dari Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan dan Masjid Hassan II di Casablanca di Maghribi.

“Reka letak kubah dan pelan lantai masjid ini adalah inspirasi dari Masjid Badshahi dan seni binanya pula adalah hasil ilham reka bentuk daripada Mughal dan Moor, terutamanya Masjid Badshahi dan Masjid Hassan II.

“Pintu gerbangnya pula adalah contoh unggul pengaruh Moor dan menara (minaret) adalah daripada pengaruh Arab. Oleh itu, reka bentuk masjid ini paling tepat digambarkan sebagai gabungan seni bina Arab, Mughal dan Moor,” terang Fatimah mesra.

Tambahnya, ADTA telah mengumumkan pembukaan masjid tersebut kepada para pelancong Islam dan bukan Islam bermula pertengahan Mac 2008 dengan harapan untuk mempromosikan kebudayaan dan pemahaman terhadap agama Islam.

“Masjid Sheikh Zayed dilihat sebagai sebuah mercu tanda tersohor, kerana membawa sentuhan pelbagai kepakaran, rekaan, bahan binaan dari seluruh dunia seperti; Itali, Jerman, Maghribi, India, Turki, Iran, China, Greece dan tidak ketinggalan dari rantau Asia Barat sendiri.

“Reka bentuk seni bina masjid ini pada peringkat awalnya diilhamkan oleh arkitek berbangsa Maghribi. Pun begitu, sepanjang perkembangan pembinaannya terselit ciri-ciri global termasuk pada bahagian dinding luar yang menampilkan reka bentuk tradisional Turki. Malah penggunaan bahan-bahan semula menjadi pilihan iaitu; batu marmar, emas, batu permata, kristal dan seramik.

“Uniknya juga, masjid ini mempunyai sebanyak 57 kubah meliputi bahagian laman luar dan bangunan utama. Kubah-kubah yang dihias indah dengan batu marmar putih berukiran. Bahagian laman dalamnya pula diturap dengan mozek dan marmar berwarna-warni dengan motif bunga-bungaan terbentang seluas 17,000 meter persegi.

“Berbalik kepada kubah utama masjid ini, ia berukuran garis pusat 32.7 meter dan 70 meter tinggi dari dalam dan 85 meter dari luar,” kata Fatimah yang sekaligus membolehkan ia diisytiharkan sebagai sebagai kubah yang terbesar di dunia.

Di masjid ini juga terdapat sebanyak 1,096 tiang pada bahagian luar masjid dan 96 tiang di ruang solat utama yang menggunakan ukiran buatan tangan pada panel-panel batu marmar yang diselaputi dengan batu permata termasuk lapis lazuli, batu akik merah, batu kecubung dan mutiara. Di samping itu, empat menara (minaret) setinggi 115 meter didirikan pada setiap penjuru masjid.

Tasik buatan seluas 7,874 meter persegi dengan kemasan lantai jubin berwarna gelap, kemas mengelilingi masjid. Kolam ini secara tidak langsung, memantulkan bayang-bayang indah masjid, lebih-lebih pada waktu malam. Masjid ini memukau dengan kilauan cahayanya yang terang benderang.

Bercerita tentang masjid, tidak lengkap sekiranya tidak disentuh tentang ruang solat utama. Masjid Zayed mempunyai ruang solat utama yang bukan sahaja luas tetapi menekankan ciri-ciri kemewahan.

Apa tidaknya, hiasan dalamannya sahaja diperindahkan dengan penggunaan marmar putih bertatah reka bentuk motif bunga-bungaan yang menghiasi ruangan dewan solat.

Manakala dinding dalam masjid, dihiasi dengan dekorasi 24 karat emas daripada kaca mozek. Ruang utama solat ini juga mengetengahkan permaidani Parsi buatan tangan yang terbesar di dunia.

Seperkara lagi yang menakjubkan tentang Masjid Sheikh Zayed ialah berkenaan dengan tujuh buah lampu candelier yang dihiasi dengan saduran 24 karat emas yang diimport dari Jerman serta direka dengan kilauan kristal swarovski.

“Candelier paling besar yang digantungkan pada kubah utama masjid dikatakan sebagai paling besar di dunia dengan ukuran garis pusat 10 meter, 15 meter tinggi dan berat antara lapan hingga sembilan tan.

“Manakala dinding kiblat yang berukuran 23 meter tinggi dan 50 meter lebar, menggunakan dekorasi yang agak sederhana, supaya tidak mengganggu konsentrasi serta kekhusyukan ketika solat.

“Bagaimanapun, penggunaan 99 nama Allah pada dinding kiblat dengan kaligrafi kufi tampak menarik dengan iluminasi menggunakan pencahayaan fiber optik. 24 karat emas, daun emas dan mozek kaca emas turut digunakan di bahagian mihrab,” kata Fatimah.

Kami turut terpegun berada di ruang solat utama ini terutamanya sebaik melihat 80 panel Iznik yang dihiasi dengan jubin seramik yang popular pada kurun ke-16, mengetengahkan ciri-ciri utama empayar kerajaan Istanbul dan bangunan-bangunan agama.

Kami difahamkan bahawa ia adalah seni ukiran asli, setiap jubin telah direka bentuk oleh pakar kaligrafi berbangsa Turki bernama, Othman Agha. Tiga jenis kaligrafi tulisan kufi, Nasakh dan Tuluth digunakan pada setiap sudut masjid dan diukir oleh Mohammed Mendi (UAE), Farouk Haddad (Syria) dan Mohammed Allam (Jordan).

Masjid Sheikh Zayed dikatakan mampu menampung lebih 40,000 jemaah, merangkumi dewan solat utama dan laman dalam. Pada dewan solat utamanya sahaja boleh menempatkan lebih 9,000 jemaah pada satu-satu masa.

Dua buah bilik yang terletak bersebelahan dengan ruang solat utama itu pula, masing-masing boleh menampung seramai 1,500 orang dan ia dikhaskan untuk kaum wanita.

Sungguhpun Masjid Sheikh Zayed ini telah dibuka kepada umum, namun persekitarannya masih dalam pembinaan. Dimaklumkan, apabila siap sepenuhnya, masjid ini akan dikelilingi dengan pancuran air dan taman-taman hijau.

Source: Utusan

Tags:

alhamdulillah.

mlm tdk dpt gakz jln2 bangi. bandar br bangi.
g ngan grp convofest.
chewah 2lih grp mcm bunyik ramei je yg g.
pd hal 3org je. hehehe 😉

start journey kt zebra.
nek kancil. sol drive.
xhengat nye bwk kancil mcm bwk kete turbo je.
tp besh la. dr bwk slow2 yg akn rasher keboringan. 😀

xshushah pn rupenye nk g bandar br bangi.
bak kate sol… straight je… hehehe 😛
tp kne gakz la pusing kanan n kiri.
so far jln nk g c2 leh la igt dlm otak.

akhirnye hajat nk mkn kt d’limau nipis kesampaian gakz.
den ltk kt blog dye mcm menarik je. so hajat kt hati nk gakz merasher kt c2.
tertunai gakz mlm tdk. hehehe.
sol 2njuk byk2 tmpt gakz.
wow leh tahan… kite order nasi limau nipis tu.
nyum2… cedap n yg pntg xpedas… 😀

sol lakz order tomyam campur ngan air evergreen everlasting kutz. yg rasher epal tu.
mina lakz minum je. minum air d’limau nipis.
rupenye sol byk gakz bitaw tmpt2 yg besh mkn.
sol cite tmpt2 len mne yg besh mkn.
menarik2.
kt area cni pn byk kedai mkn…
shumer pn menarik je.
sol cite gakz… ade 1 tmpt mkn nie… buffet… 20rm je.
tp mkn amat2 besh n agak mewah.
steamboat lgk tu. nyum3… dgr pn mcm besh je.
klo kt nelayan ari tu 27rm sorunk mkn buffet steamboat.
mahai gakz kn?
tp tmpt yg sol ckp tu… sol stil tgh crk…
so kena 2nggu kt ner… tp katenye… kt area bandr baru bangi gakz.

oke2… nk dijadikan cite…
kiterank nie agaknye masing2 lapo kutz.
xcept mina. hehehe 😛
lps je mkn kt d’limau nipis… kiterank trus p restoran amir plakz.
2 restoran dlm 1 masher… unbelievable kn?
hahaha 😛
kt restoran amir plakz… besh gakz…
nmpak meriah gitu…

kt restoran ni leh surf tenet.
cz ade wifi kt cni.
mkn kt cni ade org banjer.
tats y kiterang x kecah je nk mkn lgk… 😛
hahaha~

org yg banjer kiterang tu order kentang goreng set and kopok lekor set.
bantai mkn la lgk…
ngan ‘beraninya’ kite yg start mkn dlu dr org yg banjer mkn tu.
yer laaa… yg len2 dok bincang2 pashal duit convofest yg kite agak kurang pham 😛
hehehe…

hohoho… mlm tdk je perut kiterang kembung ngan minum air…
tu pn… bler air kiterank dh abesh… org yg banjer tu shwh order air lgk.
cz org yg banjer kiterang tu order 3x air. 2 air limau nipis panas. n 1 teh’o limau panas.
mane x kembung nyer… beshor kutz gelas air kiterang. huhuhu.

jln2 kt bandar br bangi mmg besh. shmpei bilik pn kol 12lbey.
tp tyme balik…

ade la kete savvy ni… warna merah n plat A, so frm perak la kn.
ade ke pkai high beam.
kete tu kt blkg kiterank tyme kt traffic lite…
mcm ade matahari wooo kt blkg kancil kiterang.
sol dgn laju nye nk lari kn kancil dr savvy tu…
rupe2nye itot gakz. chehhh2…
tp 1 part yg lawakz nye…
sol nk bg savvy tu lalu tepi, so sol pn bwk la slow2…
n ke kiri kan ckit kancil tu…
tp savvy tu xmuat lakz nk lalu…
bler muat je… dok pndng2 kancil kiterang… eyhhh mcm bgs je savvy tu.
dh la pkai high beam… klo jmpe next tyme jom lawn ngan gen2 plakz.
(nk berlagak ckit). menyakitkan mate kiterang…
dh driver pn dok tutup side mirror…
kiterang yg penumpang ni pn caket MATA n ati gakz…
haaa… 2ngguuu la savvy… next tyme jmpe… no chance for u nemore.
jom lawan high beam ngan spotlite…

muahahaha 😛

Tags: ,

Indahnye~


Life is too short to wake up in the morning with regrets, So love the people who treat you right, Forget about the ones who don't, And believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it. If it changes your life, let it. Nobody said life would be easy, They just promised it would be worth living.

Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH, hati menjadi tenteram.

"Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu"

Bertambah luas akal, bertambah luas lah hidup, bertambah datang lah bahagia. Bertambah sempit akal, bertambah sempit lah hidup, bertambah datang lah celaka. -Hamka -

Yang paling bahagia adalah orang yang mempunyai hati yang alim, mempunyai kesabaran dalam diri dan mempunyai sifat yang merasa cukup dengan rezeki yang ada. -Hukamak-

INFO: Tip untuk ibu bapa


Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.

Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.

Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.

Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

Archives

Blog Stats

  • 78,567 hits