another.chapter.of.life

Archive for the ‘tips’ Category

Solat sunat Dhuha merupakan satu ibadat sunat yang dituntut berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.A. seperti berikut;

ثلاث هن علي فرائض، وهن لكم تطوع: الوتر، والنحر وصلاة الضحى
Maksudnya:“Ada tiga perkara yang hukumnya wajib ke atasku dan sunat (sukarela) bagi kamu, sembahyang witir, ibadah korban dan sembahyang Dhuha”[1]

Waktu melakukannya ialah dari waktu naik matahari sehingga waktu condong matahari kea rah barat dan pengiraan waktu Dhuha secara astronomi adalah berdasarkan formula waktu Syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan waktu Syuruk dan waktu Subuh atau secara purata waktu Dhuha bermula 28 minit selepas waktu Syuruk dan ia berakhir setelah masuk waktu Zuhur.

Advertisements

If Your problem is as big as a SHIP,

never forget that ALLAH’s blessings are as Wide as an OCEAN ♥

Source: I love Quran =)

 

 

Tags: ,

“Jika dahulu, si suami berhempas pulas mencari rezeki di luar rumah dan isteri berkeringat menjaga anak2 di rumah dan menyediakan makanan, sekarang suami dan isteri masing-masing sibuk di luar rumah mencari rezeki dan mendapat kemewahan. Di rumah, mereka keliru siapa yg harus membesarkan anak dan menyiapkan makanan. Sebab itu suami harus membantu di rumah, jika isteri bekerja. Membantu isteri juga adalah pahala yg dicari, tuan.” – Dr. Zubaidi Hj Ahmad

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;

Bacaan lanjut di: http://www.islamituindah.my/doa-pendinding-penggerak-sangat-wajar-diamalkan-di-zaman-ini

 

Tags: , ,

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:
Read the rest of this entry »

Rasulullah SAW pun selalu bersenda gurau dengan Saidatina Aisyah. Kata hadis Nabi SAW yang ringkas dalam pencarian pasangan yang sepadan dengan anda:

“..sehingga kamu dapat tertawa dengannya dan ia tertawa denganmu..”

( HR Muttafaqun ‘Alaih )

p/s : Cubit mesra pipi si isteri, dapat pahala. Cubit mesra pipi si suami, dapat pahala. Berpahala, membawa ke SYURGA..(✿◠‿◠) [H]

Source: http://www.facebook.com/ohislam

Kehidupan adalah medan yang penuh dengan ujian dan tugas. Acap kali kita diuji dengan perasaan berat dan terbeban, sempit dan tertekan ketika mendepaninya. Doa yang diamalkan Nabi Musa a.s ini amatlah memberi manfaat kepada kita agar dipermudahkan urusan oleh Allah swt dan mereka pula diberikan kefahaman.

Doa ini merupakan sebahagian daripada ayat al-Quran,

 رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِ

Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka memahami ucapanku”

(Sila rujuk surah Thoha ayat 25-28)

Source: https://www.facebook.com/pages/Dr-Zainur-Rashid-Zainuddin/155707591143880


Indahnye~


Life is too short to wake up in the morning with regrets, So love the people who treat you right, Forget about the ones who don't, And believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it. If it changes your life, let it. Nobody said life would be easy, They just promised it would be worth living.

Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH, hati menjadi tenteram.

"Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu"

Bertambah luas akal, bertambah luas lah hidup, bertambah datang lah bahagia. Bertambah sempit akal, bertambah sempit lah hidup, bertambah datang lah celaka. -Hamka -

Yang paling bahagia adalah orang yang mempunyai hati yang alim, mempunyai kesabaran dalam diri dan mempunyai sifat yang merasa cukup dengan rezeki yang ada. -Hukamak-

INFO: Tip untuk ibu bapa


Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.

Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.

Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.

Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

Archives

Blog Stats

  • 80,525 hits
Advertisements