another.chapter.of.life

Archive for the ‘agama’ Category

Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa yang?
Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita, berlainan digali sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo… InsyaAllah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum). Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita.
Isteri : SubhanaAllah. Besarnya kuasa Allah ya abang.
Suami : (hanya tersenyum)

••► Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana insyaAllah Allah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak.

SubhanaAllah Allahuakhbar!

Advertisements
Tags: ,

Bacalah

( بِسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اْسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْم )

tiga kali di waktu pagi dan petang dengan ikhlas, bersungguh serta yakin, nescaya akan terhindar dari MUSIBAH secara tiba2 yang tidak tertanggung di pagi dan malam tersebut. Demikian pesan Nabi dalam hadis yang sohih. Ertinya bacaan itu “Dengan nama Allah yang tiada mudarat dengan namaNya sesuatu apapun di bumi dan di langit, dan Dialah yg maha mendengar lagi mengetahui”. Hadis riwayat ibn majah & tirmidzi.

Tags:
Tags:

Solat sunat Dhuha merupakan satu ibadat sunat yang dituntut berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.A. seperti berikut;

ثلاث هن علي فرائض، وهن لكم تطوع: الوتر، والنحر وصلاة الضحى
Maksudnya:“Ada tiga perkara yang hukumnya wajib ke atasku dan sunat (sukarela) bagi kamu, sembahyang witir, ibadah korban dan sembahyang Dhuha”[1]

Waktu melakukannya ialah dari waktu naik matahari sehingga waktu condong matahari kea rah barat dan pengiraan waktu Dhuha secara astronomi adalah berdasarkan formula waktu Syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan waktu Syuruk dan waktu Subuh atau secara purata waktu Dhuha bermula 28 minit selepas waktu Syuruk dan ia berakhir setelah masuk waktu Zuhur.

Rasulullah Sallallohu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :

((مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ آِتَابِ اللهِ فَلَهُ حَسَنَةٌ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا، لاَ أَقُوْلُ: {الم} حَرْفٌ؛ وَلَكِنْ: أَلِفٌ حَرْفٌ، وَلاَ مٌ حَرْفٌ، وَمِيْمٌ حَرْفٌ)).

“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Qur’an, akan mendapatkan satu kebaikan. Sedang satu kebaikan akan dilipatkan sepuluh semisalnya. Aku tidak berkata: Alif laam miim, satu huruf. Akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.”

(HR. At-Tirmidzi 5/175. Lihat pula Shahih At-Tirmidzi 3/9 dan Shahih Jaami’ush Shaghiir 5/340.)

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat? menutup aurat? pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam. nauzubillah)

2. Suaminya
Read the rest of this entry »

Baginda S.A.W bersabda, “Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok,” (Hadith riwayat Imam Ahmad)

Lets read this:  http://myibrah.com/solat-menggugurkan-dosa

Tags: ,

Indahnye~


Life is too short to wake up in the morning with regrets, So love the people who treat you right, Forget about the ones who don't, And believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it. If it changes your life, let it. Nobody said life would be easy, They just promised it would be worth living.

Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH, hati menjadi tenteram.

"Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu"

Bertambah luas akal, bertambah luas lah hidup, bertambah datang lah bahagia. Bertambah sempit akal, bertambah sempit lah hidup, bertambah datang lah celaka. -Hamka -

Yang paling bahagia adalah orang yang mempunyai hati yang alim, mempunyai kesabaran dalam diri dan mempunyai sifat yang merasa cukup dengan rezeki yang ada. -Hukamak-

INFO: Tip untuk ibu bapa


Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.

Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.

Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.

Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

Archives

Blog Stats

  • 78,552 hits