another.chapter.of.life

Kisah Rasul: Nabi Harun petah berhujah

Posted on: September 10, 2009

“KEMUDIAN Kami utuskan sesudah Rasul-Rasul itu, Musa dan Harun kepada Firaun dan kaumnya dengan membawa ayat-ayat Kami; lalu mereka berlaku sombong, takbur dan mereka adalah kaum yang biasa melakukan dosa.” (Al-Quran, surah Yunus: 75)

Nabi Harun a.s bersaudara dengan Nabi Musa, diutuskan sebagai nabi dan rasul untuk membantu Musa memimpin Bani Israel. Nasab baginda ialah Harun bin Imran bin Qahis bin Lewi bin Yaakub bin Ishak bin Ibrahim.

“Dan Kami kurniakan kepadanya dari rahmat Kami, saudaranya Harun, yang juga berpangkat Nabi.” (Al-Quran, surah Maryam: 53)

Kelahiran Nabi Harun sebelum kelahiran Nabi Musa dengan selang tiga tahun. Baginda sering mengikuti Nabi Musa menyampaikan dakwah kepada Firaun, Hamman dan Qarun.

Baginda seorang nabi yang sangat petah berbicara, sebagaimana diakui Nabi Musa seperti diceritakan dalam al-Quran.

“Dan saudaraku Harun lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersamaku sebagai penyokong untuk membenarkan aku; sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku.” (Al-Quran, surah al-Qasas: 34)

Nabi Harun diberikan amanah mengawasi dan memimpin penduduk Bani Israel daripada melakukan kemungkaran dan menyekutukan Allah dengan benda lain ketika peninggalan Nabi Musa yang ingin bermunajat di Thur Sina.

Nabi Musa berkata kepada Nabi Harun: “Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku dan perbaikilah, jangan kamu mengikuti jalan orang yang melakukan kerosakan.”

Ketika pemergian Nabi Musa selama 40 hari ke Thur Sina, Bani Israel menghadapi ujian. Sesetengah mereka menyembah patung anak lembu yang dibuat Samiri.

Mereka menyembah patung lembu itu kerana berasa begitu hairan, terpedaya dengan kebolehan Samiri yang dapat menjadikan patung lembu itu bersuara.

Nabi Harun yang dipertanggungjawabkan mengawasi Bani Israel ketika itu mengingatkan tindakan mereka menyembah patung terbabit satu dosa besar, tetapi nasihat dan amaran tidak dipedulikan.

Anak lembu itu diperbuatkan Samiri daripada emas dan permata, dilemparkan padanya segenggam tanah yang diambil daripada jejak tapak kuda Jibril ketika turun bersama malaikat untuk menenggelamkan Firaun dan golongannya.

Suara anak lembu itu serupa dengan suara lembu sebenar dan ini membuatkan sesetengah kaumnya menganggap ia Tuhan yang dicari Musa, tetapi tidak diketahui tempatnya.

Nabi Harun puas menasihati dan menakut-nakutkan mereka dengan fitnah itu, namun mereka tidak mempedulikannya, malah menyekutukan Allah dengan menyembah anak lembu terbabit.

Selesai bermunajat, Nabi Musa kembali kepada kaumnya, namun baginda terkejut mendapati kaumnya menyembah patung lembu itu. Nabi Musa marah kepada kaumnya, malah Nabi Harun turut ditarik rambutnya.

“Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah ia: Amatlah apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; Apakah kamu mahu mendahului perintah Tuhanmu? Dan ia meletakkan lauh-lauh itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menarik kepadanya.

Nabi Harun berkata: Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaummu memandang aku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku; maka jangan engkau jadikan musuh bergembira melihatku, dan janganlah engkau jadikan daku termasuk dalam golongan orang zalim.” (Al-Quran, surah al-A’raaf:150)

Kemudian Nabi Musa mendapatkan Samiri lalu berkata: “Pergilah kamu dari sini bersama pengikutmu. Patung lembu itu yang menjadi tuhanmu akan aku bakar, kemudian aku akan hanyutkan ke dalam laut. Kamu dan pengikutmu pasti mendapat seksa.”

Nabi Harun hidup selama 122 tahun dan wafat 11 bulan sebelum kematian Nabi Musa di daerah al-Tiih, iaitu sebelum Bani Israel memasuki Palestin.

Kalimullah Musa a.s pula meninggal sebelum memasuki bumi Maqdis bersama Bani Israel, ketika berusia 120 tahun. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kisah kematian Musa, bahawa sewaktu malaikat maut datang untuk mencabut nyawanya, Musa menitiskan air mata.

Source: Harian Metro
Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Indahnye~


Life is too short to wake up in the morning with regrets, So love the people who treat you right, Forget about the ones who don't, And believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it. If it changes your life, let it. Nobody said life would be easy, They just promised it would be worth living.

Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH, hati menjadi tenteram.

"Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu"

Bertambah luas akal, bertambah luas lah hidup, bertambah datang lah bahagia. Bertambah sempit akal, bertambah sempit lah hidup, bertambah datang lah celaka. -Hamka -

Yang paling bahagia adalah orang yang mempunyai hati yang alim, mempunyai kesabaran dalam diri dan mempunyai sifat yang merasa cukup dengan rezeki yang ada. -Hukamak-

INFO: Tip untuk ibu bapa


Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.

Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.

Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.

Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

Archives

Blog Stats

  • 76,832 hits
%d bloggers like this: