another.chapter.of.life

Kisah Rasul Siri 14: Nabi Yusuf dicemburui saudara

Posted on: September 4, 2009

Hati“DAN wanita itu berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pun berkehendak kepada wanita itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya. Demikianlah, Kami jauhkan Yusuf dari keburukan dan perbuatan keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang ikhlas.” (al-Quran, surah Yusuf: 24)

Nabi Yusuf a.s tergolong orang yang mulia dan terpilih di kalangan nabi dan rasul. Nama penuh baginda ialah Yusuf bin Yaakub bin Ishak bin Ibrahim.

Kisah baginda terbahagi kepada beberapa peringkat, bermula alam kanak-kanak yang dicemburui saudaranya, dijual kepada menteri sehingga digoda isteri menteri itu, kehidupannya di dalam penjara, sehinggalah baginda dilantik sebagai menteri.

Waktu kecil, Nabi Yusuf sangat disayangi bapanya, Nabi Yaakub kerana baginda seorang yang baik, malah akhlaknya cukup terpuji.

Nabi Yusuf pernah bermimpi melihat 11 bintang, matahari dan bulan sujud kepadanya.

Keesokannya baginda menceritakan mimpi itu kepada bapanya Nabi Yaakub.

Bapanya itu mengetahui maksud mimpi terbabit iaitu anaknya bakal mendapat kedudukan di sisi Allah dan manusia.

Namun bapanya khuatir sikap saudaranya terhadap diri Yusuf kelak.

Justeru, Nabi Yaakub berpesan kepada Yusuf supaya tidak menceritakan perkara berkenaan kepada saudaranya.

Bagaimanapun, perhatian dan sikap kasih bapanya itu menyebabkan baginda dicemburui saudaranya.

Satu hari, semua anak Nabi Yaakub kecuali Yusuf dan Bunyamin berkumpul dan berbincang mengenai kekecewaan mereka terhadap sikap bapa mereka yang didakwa tidak adil. Mereka sengaja tidak menjemput Bunyamin kerana dia saudara seibu dan sebapa Yusuf.

Hasil perbincangan itu mereka sepakat membuang Yusuf di satu tempat jauh. Langkah pertama, mereka meminta izin bapanya supaya Yusuf dibenarkan pergi ke satu tempat.

Permintaan mereka itu pada mulanya tidak dibenarkan, tetapi selepas didesak, Nabi Yaakub terpaksa akur.

Mereka mengajak Yusuf untuk ke tempat yang dirancang itu.

Mereka mengatakan kepada bapa mereka: “Wahai ayah, apakah yang menyebabkan kamu mencurigai kami sehingga menjauhkan Yusuf daripada kami. Apakah kamu tidak berasa tenang jika Yusuf bersama kami?

“Kami yakinkan kamu sekali lagi bahawa kami amat menyayangi dan mencintainya. Oleh itu, benarkanlah dia pergi, bergembira dan makan minum bersama kami di tempat pengembalaan. Sungguh, kami akan menjaganya seperti menjaga diri kami sendiri.”

Tiba di tempat itu, Yusuf dihumbankan ke dalam perigi. Selepas itu semua saudaranya pulang dan menemui Nabi Yaakub.

Saudara Yusuf berkata: “Wahai ayah, ketika kami bermain dengan Yusuf di satu tempat tiba-tiba datang seekor serigala dan terus memakan Yusuf. Kamu sekali-kali tidak akan percaya kepada kami, walaupun kami orang yang benar.”

Yusuf yang ditinggalkan di dalam perigi keseorangan ditemui satu rombongan musafir dari Madyan yang dalam perjalanan ke Mesir.

Mereka singgah di perigi itu untuk mengambil air, tetapi mendapati seorang budak berpaut pada timba.

Kemudian seorang musafir itu berkata: “Betapa gembiranya kami mendapat seorang budak yang sangat comel.”

Selepas itu, Yusuf dibawa kumpulan musafir berkenaan ke Mesir.

Di sana baginda dijual kepada seorang lelaki berkedudukan tinggi iaitu seorang menteri dan terus menjadikannya anak angkat.

Dia dijaga keluarga itu dengan baik. Kejadian itu berlaku kira-kira 1,600 tahun sebelum Masihi.

Source: Harian Metro
Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Indahnye~


Life is too short to wake up in the morning with regrets, So love the people who treat you right, Forget about the ones who don't, And believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it. If it changes your life, let it. Nobody said life would be easy, They just promised it would be worth living.

Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH, hati menjadi tenteram.

"Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu"

Bertambah luas akal, bertambah luas lah hidup, bertambah datang lah bahagia. Bertambah sempit akal, bertambah sempit lah hidup, bertambah datang lah celaka. -Hamka -

Yang paling bahagia adalah orang yang mempunyai hati yang alim, mempunyai kesabaran dalam diri dan mempunyai sifat yang merasa cukup dengan rezeki yang ada. -Hukamak-

INFO: Tip untuk ibu bapa


Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.

Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.

Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.

Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

Archives

Blog Stats

  • 76,783 hits
%d bloggers like this: