another.chapter.of.life

INFO

Tidak ada rujuk selepas talak tiga

Sayid Qutub berkata: Talak yang ketiga – sebagaimana dijelaskan – merupakan bukti yang menunjukkan ada kerosakan yang sebenar dalam kehidupan suami isteri ini, yang tidak ada jalan lagi untuk memperbaikinya dalam masa yang hampir – jika si suami itu sungguh-sungguh dan benar-benar hendak bercerai – dalam kes yang seperti ini eloklah keduanya masing-masing berusaha mencari kongsi hidup yang baru.

Namun, talak yang dilakukan dengan sikap bermain-main atau gopoh-gapah atau tolol, maka perbuatan ini pastilah dibataskan agar ia tidak terus mempermain-mainkan hak talak yang telah disyariatkan supaya menjadi injap keselamatan (rumahtangga) dan supaya menjadi ubat darurat untuk mengubati penyakit yang sukar diubati, bukannya supaya ia menjadi sasaran permainan dan kegopohan. Dan di waktu itu kehidupan rumahtangga ini pastilah ditamatkan kerana ia tidak lagi mendapat penghormatan dan pengawasan dari suami.

Allah berfirman, Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (mas kahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya. (al-Baqarah: 230)

Firman Allah s.w.t: Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain.

Al-Mawardi berkata: Maksud talak di sini dengan dua pendapat:

Pertama: Talak tiga. Inilah pendapat al-Suddi.

Kedua: Yang demikian itu pilihan. Inilah pendapat Mujahid.

Said bin al-Musayyib berkata: Isteri yang ditalak tiga menjadi halal kepada suami pertamanya hanya semata-mata berlakunya akad perkahwinan dengan suami kedua sekalipun suami kedua tidak menyetubuhinya berdasarkan firman Allah di atas.

Ini kerana yang dimaksudkan dengan perkahwinan itu ialah akad. Kenyataan ini tidak benar dari dua sudut:

Pertama: Kita katakan kepadanya yag dimaksudkan dengan perkahwinan ialah persetubuhan.

Kedua: Lafaz nikah dalam al-Quran membawa maksud akad dan persetubuhan. Jadi mengapa dalam ayat ini beliau mengkhususkan dalam erti akad sahaja.

Ibn al-Arabi berkata: Dalam ilmu fiqh tidak ada persoalan yang lebih sukar bagiku selain persoalan ini. Hal ini kerana dalam usul fiqh membincangkan adakah hukum itu berkaitan dengan permulaan nama atau akhirnya? Hal itu kerana kami terangkan dalam usul fiqh dan sebahagian penerangan yang lalu.

Firman Allah: Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baru itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (mas kahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah.

Kesalahan

Al-Baghawi berkata: Maksudnya, apabila suami kedua telah menceraikannya setelah bersama dengannya maka tiadalah menjadi kesalahan untuk bekas suami yang pertama berkahwin dengan bekas isteri tersebut.

Ibn al-Arabi berkata: Ayat ini merupakan dalil bahawa isteri itu boleh mengahwininya sendiri kerana akad nikah itu disandarkan kepadanya. Mengikut mazhab Maliki, kalau Said bin Musayyib berpendapat seperti itu di samping pendapatnya bahawa nikah itu bererti akad maka tentulah benar alasannya.

Namun bagi kami dan anda yang berpendapat bahawa pernikahan dalam ayat ini bermaksud persetubuhan maka tidak benarlah kita menjadikan ayat ini sebagai dalil bahawa seseorang perempuan boleh mengahwinkan dirinya sendiri. Inilah sebenarnya pendapat jumhur ulama.

Firman Allah: …dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.

Al-Alusi berkata: Ia merupakan isyarat kepada hukum-hukum yang tersebut yang terpelihara daripada menerima perubahan.

Mungkin ada orang berkata: Apakah dosa perempuan yang terancam hidupnya, keamanannya dan kemantapannya disebabkan sepatah kata yang keluar dari mulut seorang lelaki yang bersikap bermain-main?

Kita sedang menghadapi satu realiti dalam kehidupan manusia. Apakah satu cara lain untuk menghadapi perkara ini jika kita tidak menggunakan cara ini? Apakah anda berpendapat kita memaksa si suami yang seperti ini supaya terus hidup dengan isteri yang tidak lagi memandang hormat kepadanya?

Misalnya kita boleh kata kepada si suami itu: Kami tidak mahu berpegang dengan talak awak ini kerana kami tidak mengiktirafkannya dan kami tidak akuinya. Ini isteri awak. Ia adalah tanggungjawab awak. Sekarang ambillah dia!

Tentulah kita tidak boleh buat begitu kerana perbuatan ini merupakan satu penghinaan terhadap isteri dan terhadap hubungan suami isteri yang tidak diredai oleh Islam yang menghormati perempuan, menghormati perhubungan suami isteri dan yang telah mengangkatkan hubungan ini ke tahap ibadat kepada Allah.

Malah hubungan yang betul terhadapnya ialah mengharamkannya dari isteri yang dipermainkan kehormatan perhubungan dengannya dan mewajibkan ke atasnya mengadakan mas kahwin dan akad yang baru jika ia membiarkan isterinya (hingga habis idah) dan berpisah darinya tanpa rujuk di dalam dua talak yang pertama itu, dan mengharamkannya dari isterinya pada talak yang ketiga secara mutlak kecuali si isteri itu telah berkahwin dengan orang lain.

Ini bermakna ia telah kehilangan mas kahwin dan nafkah yang dibelanjakan kepada isterinya dan selepas itu kita mewajibkan ke atasnya nafkah idah dalam semua keadaan. Yang penting kepada kita ialah kita harus melihat realiti jiwa manusia dan realiti kehidupan mereka bukannya melayang-layang dalam alam impian yang tidak berpijak di bumi atau di alam mimpi!

Iktibar Ayat

- Selepas talak tiga tidak boleh bagi bekas suami merujuk sehingga bekas isteri itu berkahwin dengan suami yang baru. Mengikut hadis sehingga dia telah bersama dengan suaminya yang baru kemudian diceraikan ketika itu barulah boleh bekas suami yang pertama berkahwin dengannya semula.

- Talak tidak boleh dibuat main-main, lakonan dan bergurau senda kerana ia dikira sebagai jatuhnya talak.

- Golongan yang berilmu dapat memahami keterangan Allah.

* DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI ialah pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Perkara yang membatalkan puasa

Ada tiga perkara penting yang membatalkan puasa. Tiga perkara itu adalah kesimpulan kepada semua perkara yang membatalkan puasa;

1. Masuk sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja.

Benda tersebut ialah makanan atau minuman atau apa juga yang tidak dibenarkan. Batal puasa dengan sebab makan dan minum dengan sengaja telah disepakati oleh para ulama kerana firman Allah yang bermaksud:

Makanlah dan minumlah hingga nyata bagi kamu benang putih daripada benang hitam dari fajar. (al-Baqarah: 187)

Dengan ayat ini, beberapa perkara yang ada unsur makan atau minum diqiyaskan kepadanya. Namun ada yang disepakati oleh ulama dan ada yang masih dalam daerah perbezaan pendapat.

2. Hubungan seksual. Jimak juga disepakati sebagai perkara yang membatalkan puasa. Ini antara lain kerana hadis menerangkan bahawa itu bagi meninggalkan nafsu syahwat. Juga kerana firman Allah yang bermaksud:

Dihalalkan bagi kamu pada malam puasa untuk kamu ‘bersama’ dengan isteri kamu. (al-Baqarah: 187)

Dalam ayat ini disebut malam puasa. Maknanya siang puasa tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh membawa kepada batal puasa.

3. Keluar sesuatu daripada badan iaitu muntah dengan sengaja.

Faktor sengaja penting dalam proses membatalkan puasa. Kalau sesuatu dilakukan tanpa sengaja seperti terlupa, maka puasa tetap sah.

Maka sepakat ulama bahawa perkara yang membatalkan puasa adalah makan dengan sengaja, minum dengan sengaja dan hubungan seks dengan sengaja. Perkara yang lain masih ada sedikit sebanyak perbahasan lagi.

Sebelum Tidur…

Berpesan antara kita….

(Tafsir Haqqi)
Rasulullah berpesan kepada Aisyah RA: “Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu:

1. Sebelum khatam Al Qur’an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah…

Bertanya Aisyah : “Ya Rasulullah… Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”

Rasulullah tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur bacalah :

1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.
2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
4. Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahli, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda; “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

Fadhilat Membaca Bismillah

Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.

Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.

Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.

Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.

Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.

Perkara-perkara Yang Membawa Kepada Mandi Wajib

Seorang Muslim perlu mengerjakan mandi wajib dalam keadaan berikut :

* melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.
* jika keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj.
* Keluar air mani kerana bermimpi (wet dream)
* Mati
* Masuk Islam orang yang sebelumnya kafir.

Dari Qais bin Ashim, ia menceritakan bahawa ketika ia masuk Islam, Nabi SAW menyuruhnya mandi dengan air dan bidara (HR. At Tirmidzi no. 602 dan Abu Dawud no. 351, disahihkan oleh Syeikh Albani dalam Irwaa’ul Ghalil no. 128)

* Keluar darah haid

“Jika datang haid, maka tinggalkan solat. Dan jika telah lewat, maka mandi dan Solatlah” (HR. Al Bukhari no. 320, Muslim no. 333, Abu Daud no. 279, At Tirmizi no. 125 dan An Nasa’i I/186)”

* Nifas
* Melahirkan anak (Wiladah)

Leave a Reply

Indahnye~


Life is too short to wake up in the morning with regrets, So love the people who treat you right, Forget about the ones who don't, And believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it. If it changes your life, let it. Nobody said life would be easy, They just promised it would be worth living.

Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH, hati menjadi tenteram.

"Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu"

Bertambah luas akal, bertambah luas lah hidup, bertambah datang lah bahagia. Bertambah sempit akal, bertambah sempit lah hidup, bertambah datang lah celaka. -Hamka -

Yang paling bahagia adalah orang yang mempunyai hati yang alim, mempunyai kesabaran dalam diri dan mempunyai sifat yang merasa cukup dengan rezeki yang ada. -Hukamak-

Blog Stats

  • 14,290 hits