Posted by: shiCi on: October 12, 2009

Pergaduhan tercetus apabila penyokong Liga Pertahanan English (EDL) dan ratusan aktivis daripada Pergerakan Bersatu Menentang Fahaman Fasis bertembung di sini.
Beberapa ratus polis yang memakai kelengkapan anti-rusuhan cuba memisahkan kedua-dua kumpulan penunjuk perasaan yang mana kumpulan EDL membawa sepanduk bertulis ‘Tidak mahu masjid lagi di Britain’.
Menurut jurucakap polis, secara keseluruhan sekitar 2,000 orang terlibat dalam insiden tersebut.
Kata polis, penangkapan dibuat atas kesalahan melanggar perintah awam tetapi tiada yang tercedera.
Tunjuk perasaan tersebut adalah protes terbaru yang didalangi oleh EDL selepas demonstrasi serupa di Birmingham bulan lepas dan satu lagi protes di London semasa ulang tahun serangan 11 September.
Penyokong kumpulan itu merancang untuk bertafakur selama dua minit sebelum menyanyikan lagu kebangsaan untuk tentera Britain yang terkorban di Iraq dan Afghanistan.
Kumpulan tersebut bagaimanapun menafikan ia bersikap perkauman, sebaliknya menyatakan ia adalah ‘pertubuhan pelbagai etnik dan pelbagai kepercayaan’ menerusi satu kenyataan di dalam laman web mereka. – AFP
Source: Utusan
Recent Comments