Posted by: shiCi on: September 30, 2009
1. Bacaan Al-fatihah dan surah Al-Quran dibaca terlalu kuat sehingga makmum kiri, kanan, depan, dan belakang juga mendengar bacaan tersebut menyebabkan makmum tersasul baca bacaan sendiri.
Cukup sekadar bacaan ketika solat berjemaah dibaca di dalam hati atau telinga mendengar seolah-olah bisikan sahaja. Tidak perlu sehingga menganggu jemaah yang lain. Terlampau kerap atau di mana-mana sahaja terjadi sebegini rupa. Tidak perlu juga mcm nk lawan imam di hadapan. Boleh dielakkan.
2. Jangan mendahului imam terutama ketika memberi salam. Biar imam memberi salam kedua baru la makmum memberi salam pertama.
3. Hamparan sejadah mestilah dengan betul/tertib.
Ketika solat berjemaah, sejadah lazimnya dibentangkan secara melintang. Hamparan sejadah yang betul adalah dengan menghadapkan gmbr masjid/kaabah di bahu kanan atau sejadah yg tiada lukisan tersebut, mana2 bahagian yg mengahala ke arah kiblat (ketika solat sendiri/individu) itu lah dibentangkan pada bahu kanan. Mungkin tiada dalil yg sah, tp secara logiknya, masjid/kaabah adalah tempat beribadat dan dianggap tempat yg suci, sepatutnya diletakkan di bahu kanan yg pd pahaman seluruh muslimin dan muslimat bahagian anggota kanan adalah lebih baik dari bahagian kiri. That’s why, ketika mengambil wudhu’ kite mulakan dengan anggota sebelah kanan.
Peringatan untuk diri sendiri dan juga muslimin dan muslimat. Yang BAIK itu hanya datang dariNYA dan yang buruk itu hanya datang dari kekhilafan diri saya sendiri.
Wallahu’alam.
Recent Comments