another.chapter.of.life

Zina… Anak Luar Nikah

Posted by: shiCi on: September 8, 2009

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL…
BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA…HIDUP
SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JNG TERUSAN DLM KEJAHILAN.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 – 5.
Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak “pregnant luar nikah”, cepat cepat dikahwinkan. .

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila… .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut.

Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan..

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya..

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat…

Tags:

3 Responses to "Zina… Anak Luar Nikah"

SOALAN

KAMI melangsungkan perkahwinan pada 14 November 2008, tetapi sebelum itu kami terlanjur dan isteri saya hamil sebelum kami berkahwin.

Mengikut doktor, kandungan itu sudah hampir tempoh bersalin. Jika dikira mengikut minggu, kandungan itu berusia lebih kurang 25 minggu dari tarikh berkahwin. Apakah status anak kami nanti?

WAN,
Perak

JAWAPAN

ANTARA sebab Islam mengharamkan perzinaan ialah untuk menjaga keturunan supaya tidak bercampur aduk.

Dengan itu fatwa yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mewartakan bahawa: “Anak zina atau anak di luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikuti dengan perkahwinan pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah.” (http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=61).

Secara lebih lanjut mengikut mazhab Shafie, keturunan (nasab) anak dibuktikan kepada suami perempuan yang melahirkan anak apabila (1) anak itu dilahirkan selepas enam bulan Islam dari tarikh perkahwinan, dan (2) dalam masa empat tahun selepas perkahwinan itu, sedangkan ibu tidak berkahwin lagi.

Bagaimanapun, bagi masa tempoh enam bulan daripada tempoh perkahwinan, keturunan anak tidak terbukti melainkan lelaki atau suami perempuan berkata anak itu anaknya dan tidak pula berkata anak itu hasil dari zina (Ahmad Ibrahim 1999: 251).

Ada pendapat di kalangan fuqaha’ seperti Ibn Sirin, Ibrahim al-Nakha’i dan Ibn Taymiyyah yang tetap membenarkan menasabkan anak zina kepada bapa yang sebenar (biological father) atas alasan maslahah anak dan masyarakat.

Dengan berbuat demikian, bapa dipertanggungjawab untuk memberi nafkah dan menjaga kepentingan masyarakat. Anak yang tiada bapa atau penjaga akan terdedah kepada perkara negatif yang bertentangan dengan ajaran Syariah itu sendiri (M. S. Sujimon 2008: 41).

Lebih-lebih lagi apabila ibu bapa sudah berkahwin. Dengan itu nasab anak tetap kepada suami kepada perempuan yang dikahwini.

Hadis Rasulullah berbunyi: “Anak adalah hamparan isteri yang sah.” Ini dibenarkan selagi bapa tidak menafikan anak tersebut bukan anaknya.

Dengan itu, status anak masih dibenarkan dinasabkan kepada bapa anak itu sendiri mengikut pendapat di atas.

salam,

soalan…kami ingin tahu prosedur nasab yang sebenar??/ apa yang perlu kami lakukan

tq

salam.

utk lebih lanjut mengenai perkara ini, aida boleh merujuk kepada fatwa atau para ulamak yg lebih arif.
boleh juga copy-paste kedua2 isu ini yg mgkn bertindih jwpnnya.
timbul perbezaan pendpt begini dapat mengundang pelbagai andaian dan bermacam2 persoalan yg lebih mendalam.
satu cara, aida boleh mengajukan soalan lebih lanjut ke tanyalahustaz@tv9.com.my atau mengajukan persoalan aida ke http://tanya-ustaz.blogspot.com/.
atau, melayari blog ustaz zahazan di http://www.zahazan.net/ dan mgkn boleh menghubungi beliau.
1 cara lagi, aida juga boleh mencari buku berkaitan perihal ini, terbitan telaga biru.
tajuknya, tidak dpt sy pastikan.

“Yang BAIK itu hanya datang dariNYA, dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri”.

Wallahu’alam.
terima kasih.

Hukum Kahwini Wanita Hamil Anak Luar Nikah

Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net

http://www.zaharuddin.net/content/view/469/95/

Leave a Reply

Indahnye~


Life is too short to wake up in the morning with regrets, So love the people who treat you right, Forget about the ones who don't, And believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it. If it changes your life, let it. Nobody said life would be easy, They just promised it would be worth living.

Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH, hati menjadi tenteram.

"Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu"

Bertambah luas akal, bertambah luas lah hidup, bertambah datang lah bahagia. Bertambah sempit akal, bertambah sempit lah hidup, bertambah datang lah celaka. -Hamka -

Yang paling bahagia adalah orang yang mempunyai hati yang alim, mempunyai kesabaran dalam diri dan mempunyai sifat yang merasa cukup dengan rezeki yang ada. -Hukamak-

Blog Stats

  • 14,290 hits